Thursday 12 April 2012

Bermusafir ke Surabaya, Indonesia.

InsyaAllah, hari ini, Jumaat, 21 Jamdil Akhir/ 13/4/2012, saya berpeluang bermusafir ke Surabaya, Indonesia. Surabaya merupakan daerah kedua terbesar selepas Jakarta. InsyaAllah, perjalanan ini akan dapat meluaskan pemandangan dan pengalaman. sesuai dengan firman Allah yang menyuruh manusia untuk berjalan di atas muka bumi untuk melihat bagaimana ciptaan Allah mendiami bumi untuk diambil iktibar.
Sekian......
Wallahua'alam.............

Sedikit maklumat berkaitan Surabaya yang dirujuk daripada Wikipedia.

Kota Surabaya ialah ibu kota provinsi Jawa TimurIndonesia yang merupakan kota yang kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Dengan jumlah penduduk metropolisnya yang melebihi empat juta orang, Surabaya ialah pusat perniagaanperdagangan, industri, serta pendidikan di kawasan timur Pulau Jawa dan sekitarnya.

Surabaya yang luasnya 326.36 kilometer persegi terletak di tepi pantai utara provinsi Jawa Timur. Wilayahnya menyempadani Selat Madura di utara dan timur, Kabupaten Sidoarjo di selatan, danKabupaten Gresik di barat.
Surabaya terdiri daripada dataran rendah yang tingginya antara 3 - 6 meter di atas aras laut, kecuali di bahagian selatan yang mempunyai dua buah bukit landai, iaitu di daerah Lidah dan Gayungan, dengan tingginya antara 25 - 50 meter di atas aras laut. Kawasan baratnya beralun sedikit. Muara Sungai Kali Mas terletak di Surabaya dan merupakan salah satu daripada dua cabang Sungai Brantas.

Suku Jawa ialah suku bangsa majoriti di Surabaya, dan merupakan 53% daripada jumlah penduduknya. Berbanding dengan masyarakat Jawa pada umumnya, suku Jawa di Surabaya memilikipembawaan yang lebih keras dan egalitarian. Salah satu sebabnya adalah jauhnya Surabaya dari Kraton yang dianggap sebagai pusat kebudayaan Jawa.
Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk berbagai-bagai suku bangsa di Indonesia, termasuk suku Tionghoa (25.5%), Madura (7.5%), dan Arab (7%). Sebagai pusat komersil wilayah, banyakekspatriat juga tinggal di daerah Surabaya, terutamanya di daerah Surabaya Barat, dengan kaum-kaum Tionghoa, Korea, dan Jepun merupakan kaum-kaum ekspatriat yang terbesar.
Sebagai pusat pendidikan, Surabaya juga merupakan tempat tinggal untuk para mahasiswa dari berbagai-bagai daerah di seluruh Indonesia, bahkan antara mereka juga terbentuk komuniti-komuniti tersendiri.

[sunting]Agama

Agama Islam ialah agama yang terutama di Surabaya. Surabaya merupakan salah satu pusat penyebaran agama Islam yang paling awal di tanah JawaMasjid Ampel dibina di sini pada abad ke-15oleh Sunan Ampel, salah satu perintis walisongo. Di Surabaya terdapat juga penganut Islam Syiah pada jumlah yang cukup ketara.
Agama-agama lain yang dianuti di Surabaya termasuk agama KristianKatolikHinduismeBuddhisme, dan Konfusianisme.

[sunting]Bahasa

Surabaya memiliki loghat bahasa Jawa yang khas yang dipanggil "Boso Suroboyoan". Loghat ini yang dipengaruhi oleh bahagian timur provinsi Jawa Timur dituturkan di daerah Surabaya dan sekitarnya. Boso Suroboyoan terkenal kerana sifat egalitarian, terus-terang, dan tidak membezakan ragam tingkat bahasa seperti bahasa Jawa baku pada umumnya. Masyarakat Surabaya juga dikenali kerana sifat fanatik dan bangga terhadap bahasa mereka.

Ekonomi

Sebagai kota metropolitan, Surabaya merupakan pusat kegiatan ekonomi di daerah Jawa Timur dan sekitarnya. Sebahagian besar penduduknya bergiat dalam sektor-sektor perdagangan,perindustrian, dan perkhidmatan. Banyak perusahaan besar yang berpusat di Surabaya, umpamanya PT Sampoerna TbkMaspionKumpulan WingUnilever, dan PT PAL. Kawasan perindustrian di Surabaya termasuk SIER (Rungkut) dan Margomulyo.
Surabaya mempunyai banyak kawasan membeli-belah serta puluhan pasar raya yang besar. Pusat membeli-belah moden yang ternama termasuk: Plaza TunjunganPusat Perdagangan Pakuwon dan Supermal Pakuwon Indah (dalam satu bangunan), Medan Persiaran Golden City (Carrefour), ITC, Persimpangan Bubutan, Plaza Royal, Mal Galaxy, Plaza Marina (dahulu Sinar Montana), serta Plaza Surabaya (lebih dikenali sebagai Delta Plaza oleh masyarakat Surabaya).
Pusat membeli-belah tradisional yang ternama termasuk Pasar Turi, Pasar Atom, dan Pusat Perdagangan Darmo (DTC) yang dahulunya dipanggil Pasar Wono Kromo.
Surabaya mempunyai sejumlah makanan khas, antaranya:

Institusi pendidikan tinggi awam

Institusi pendidikan tinggi swasta







Thursday 13 October 2011

Makna al-Latiff

Perkataan al-Latiff, Yang Maha Lembut, diambil daripada kata dasar 'latafa' yang terdiri daripada huruf-huruf lam, tho, dan fa. kata dasar ini mengandungi makna lembut, halus dan kecil. Makna ini kemudiannya berkembang menjadi keadaan tersembunyi dan teliti. Sebagaimana yang dipetik oleh Quraish Shihab, ahli bahasa al-Zajjaj menyatakan seorang yang berbadan kecil dinamai latif, yang beerti penipu, atau yang mencapai tujuannya dengan cara yang sangat tersembunyi iaitu tidak terduga. Sedang ketika kata ini dikaitkan dengan pengetahuan, maka maknannya adalah sangat dalam kecerdasannya dan sangat cermat dalam menemukan sesuatu.

Dipetik dari Buku 99Q-Kecerdasan Berasaskan AmaulHusna, oleh Sulaiman Alkumayi.

Sunday 12 June 2011