Thursday 13 October 2011

Makna al-Latiff

Perkataan al-Latiff, Yang Maha Lembut, diambil daripada kata dasar 'latafa' yang terdiri daripada huruf-huruf lam, tho, dan fa. kata dasar ini mengandungi makna lembut, halus dan kecil. Makna ini kemudiannya berkembang menjadi keadaan tersembunyi dan teliti. Sebagaimana yang dipetik oleh Quraish Shihab, ahli bahasa al-Zajjaj menyatakan seorang yang berbadan kecil dinamai latif, yang beerti penipu, atau yang mencapai tujuannya dengan cara yang sangat tersembunyi iaitu tidak terduga. Sedang ketika kata ini dikaitkan dengan pengetahuan, maka maknannya adalah sangat dalam kecerdasannya dan sangat cermat dalam menemukan sesuatu.

Dipetik dari Buku 99Q-Kecerdasan Berasaskan AmaulHusna, oleh Sulaiman Alkumayi.